Sedikit Cernaan Untuk Mu





Hai !

krik-krik~


(takdak orang bersahut bermakna belog ini sudah lama tak berpenghuni dan berpengunjung kahkah)

Well, aku takda masa la nak menaip macam waktu dulu. Cuma harini terasa sedikit rajin sebab bos aku outstation dan kerja aku dah setel. (sengaja aku boldkan sebelum ko sempat mengata aku ni curi tulang :') )


Pejam celik pejam celik, aku dah pun nak masuk 22 tahun ni. Gila ah rasa saaaaaat sangat masa tu berlalu. Terasa sedikit awal sebab aku kerja lepas habis diploma. So umur aku cam comel jer untuk orang kata wanita bekerjaya kahkah. 


Ramai gak tanya taknak futher degree ke cik hadek? 


Bukan taknak, tapi kalau nak ikut sekarang punya situasi, aku belum terasa ingin lagi. Belum. terasa. ingin. ? Hm maaflah dah lama tinggal buku teks BM yang setebal alam tu. :') Dia rasa macam jeles tau tengok kengkawan further degree semua, cuma aku rasa bangga dah kerja bila mereka tengah sakit otak pasal assignment, test dan exam hikhikhik (nak gelak jahat tapi berhati-hati. LOL)


Bila aku cakap nak buat PJJ kan semorang cam :

"eleh yelatu tahtah takkan buat langsung" 

"yeke na? penat tau PJJ ni. Ko dah takda life nanti"

"ko dah kerja na dah pegang duit, nak bayau kereta, kalo ada anak nanti banyak pulak komitmen, takdenye ko banyak mase nak fikir pasal study, homework semua..."


Cuba teka apa aku nak jawab dekat orang-orang yang tak bagi semangat and nak downkan aku yang tengah kobar-kobar pegang surat khabar gulung panjang beserta api yang marak time ni?


F**k you bebeh !


Pergi lantak la ko dah makan garam dulu ke apa. Kalau semua orang fikir macamtu je susahla. Pergi tinggal dalam gua la kalau nak hidup tanpa ada cabaran !

eh jap, tinggal dalam gua pun mencabar jugak, kemungkinan ada lipan yang boleh masuk kain ketik kemaluan ko. Ada spider yang boleh gigit tangan lalu ko menjadi spiderman/woman. Hmm klah nak stop la melalut. 

Ke laut mana main point kita tadi jemaah readers sekalian? Ya, mengenai perkara PJJ bukan? (mode ustajah turn on)

Timba ilmu tu amalan mulia tuan puan. Mengapa kita perlu sulit sulitkan perkara yang memang digalakkan dalam islam sendiri? Nabi pun pernah pesan, tuntulah ilmu hingga ke negeri China. Dimana pengambaran yang jelas mengenai kautlah ilmu setinggi-tinggi dan sejauh yang boleh/mampu.

Setakat kerja kuli kuli ni pun ko nak rasa bangga, silalah taruk satu balang minyak dalam kuali, bukak api paling besar dan goreng muka sendiri. 


(maaflah, aku boleh exchange mode sesuka hati aku. Wow flexible me :P)

.....

InsyaAllah, kalau ada rezeki, ada umur yang panjang, takda aral melintang, i will further my studies, no worries. Doa yang baik-baik okay? 


So far, i love my job very muchios. Kena ada sexual harassment dulu baru boleh fikir nak tukar/quit job hahahaah lol. (semoga dijauhkan :'))


Till then, 


0 Person pray for my success: