Refresh


Rasa rasa blog ni merajuk dengan aku tak setelah sekian lama dia "dianak-tirikan" oleh aku ? Kalaulah dia ada perasaan, mesti dia hantar surat pilu dekat aku via email lalu blah sign-out-dan-delete-diri-sendiri ? Hahaha.

Well, sengaja aku delete semua post dahulu kala sebab yeah manusia ni kena move on and make a new life kan ?! Kisah aku yang pernah terbit dalam blog ni tetap aku simpan dalam benak ku yang paling hujung dan dalam. (sila bayangkan corong gelap gelita yg tiada lampu sedikit pun)


Jap, tapi ada orang guna "benak" tu sebagai "bodoh" kan ? =.="


Alkisahnya, aku rasa sebab aku dah cukup tua untuk membaca balik kisah kisah aku disaat remaja/budak hingusan/baru nak up tu. Dengan penulisan dulu yang agak noob, kosa kata yang lintang pukang serta madah berhelah yang wujud tu buat diri ini terpanggil untuk tidak lagi membiarkan semua posting itu kekal di entry berhabuk.  Bukan apa, rasa nak pukul diri sendiri sebab seriously apakah masa aku menaip tu aku tertelan pil khayal ? Merepek repek isi dan kuku yang terbit. Give up doh aku nak baca semua balik, so aku delete dan terbangkan ia dibawa angin lalu :')


Now aku datang balik bersama lembaran baru yang lebih matured dan berwawasan. Lol wawasan tu wawasan aku lah bukan wawasan kerajaan okay. 


Mari kita berkenalan semula. 


Hai saya Aina. 21 tahun dan sudah bekerja. Eh wow nampak tak wawasan yang cuba aku highlightkan ? Hahahaha. 


Eh bila masa habis study ? Ke ko main skip je tetiba kerja ? Kerja apa ? Kenapa tak sambung lagi ? Kerja kat mana ?


Stay tuned. ( Bapak bajet doh macam ada reader setia baca blog ini !!! Hahahaha )


Jap, aku tak janji nak update dalam masa terdekat. Mungkin minggu depan, mungkin bulan depan, mungkin tahun depan dan mungkin ini entry terakhir yang wujud. Eh


Chalo bete.